awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: RMK13, Belanjawan 2027 perlu diteliti semula - Ahmad Zahid
Kertas siasatan kes tembak Durian Tunggal sedang diteliti - AGC
Johor ambil tindakan tegas, keluar notis henti kerja terhadap pemaju punca banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Thailand akan kurangkan perbelanjaan tidak perlu, kekal disiplin fiskal 2027

Bernama
Bernama
22/04/2026
12:48 MYT
Kerajaan Thailand akan kurangkan perbelanjaan tidak perlu, kekal disiplin fiskal 2027
Perdana Menteri Anutin Charnvirakul berkata kerajaan sedang menyemak semula belanjawan tahun fiskal 2027 dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan. - Reuters
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul menggesa supaya disiplin fiskal diperketatkan selain menghapuskan perbelanjaan tidak perlu berikutan kerajaan sedang menyemak semula belanjawan tahun fiskal 2027 dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan.
Jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata semakan semula rangka kerja belanjawan tahun kewangan 2027 dilaksanakan selaras dengan Seksyen 24 Akta Tatacara Belanjawan 2018.
Menurutnya langkah itu bertujuan memastikan kerajaan akan terus melaksanakan dasar utama walaupun mengalami kekangan fiskal yang lebih ketat, dengan memberi keutamaan kepada kecekapan dan nilai untuk wang.
“Kerajaan perlu melakukan penyesuaian untuk meraih lebih banyak hasil dengan sumber yang terhad.
“Peruntukan belanjawan mesti mencerminkan realiti semasa, dengan penekanan untuk mengurangkan perbelanjaan tidak perlu dan pada masa sama mengekalkan disiplin fiskal dan memperkukuh kedudukan kewangan negara,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, Anutin mempengerusikan mesyuarat untuk menyemak semula siling perbelanjaan tahun kewangan 2027, yang dihadiri empat agensi utama iaitu Kementerian Kewangan, Biro Belanjawan, Pejabat Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara serta Bank of Thailand.
Ratchada berkata Perdana Menteri menegaskan bahawa belanjawan tahun kewangan 2027 perlu “tepat dan ditumpukan kepada sasaran yang betul” berpandukan prinsip nilai untuk wang dan pendekatan belanjawan berasaskan sifar, dengan membuat keputusan perbelanjaan berdasarkan keperluan, keutamaan dan kesesuaian.
Beliau berkata Anutin turut menekankan bahawa sebarang permintaan untuk pembiayaan tambahan tidak boleh melebihi 20 peratus daripada peruntukan tahun sebelumnya dan perlu dihadkan sepenuhnya kepada perbelanjaan pelaburan.
Mesyuarat itu bersetuju untuk mengekalkan siling perbelanjaan tahun kewangan 2027 sebanyak 3.788 trilion baht (100 Baht = RM12.28), selaras dengan resolusi Kabinet pada 25 Nov 2025 yang mewakili peningkatan sebanyak 7.4 bilion baht atau 0.2 peratus daripada tahun fiskal sebelumnya.
Perolehan bersih kerajaan diunjurkan sebanyak 3.0 trilion baht, meningkat 2.7 peratus tahun ke tahun manakala pinjaman untuk membiayai defisit ditetapkan pada 788 bilion baht, menyusut 8.4 peratus daripada tahun kewangan 2026.
Bagi meredakan tekanan ke atas belanjawan, agensi kerajaan diarahkan untuk mengutamakan penggunaan dana luar belanjawan dan mencari sumber pembiayaan alternatif bagi pelaburan awam, termasuk pinjaman, kerjasama awam-swasta dan dana infrastruktur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#belanjawan tahun kewangan 2027
#Anutin Charnvirakul
#Ratchada Thanadirek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan