awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
PM Australia Albanese lawat Malaysia pada 15-17 April, fokus kepada keselamatan tenaga
Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan utamakan keselamatan rakyat Malaysia di Asia Barat - Fahmi

Bernama
Bernama
04/03/2026
09:08 MYT
Kerajaan utamakan keselamatan rakyat Malaysia di Asia Barat - Fahmi
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata Kementerian Luar akan mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan yang akan diambil susulan perkembangan situasi di Iran dari semasa ke semasa. - Foto BERNAMA
Keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia di Asia Barat, yang sedang bergolak susulan perang Iran dengan Israel-Amerika Syarikat (AS), menjadi keutamaan kerajaan ketika ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata Kementerian Luar akan mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan yang akan diambil susulan perkembangan situasi di Iran dari semasa ke semasa.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Wisma Putra dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, termasuk beberapa maklumat dan maklum balas terkini berkaitan rakyat Malaysia yang berada di negara-negara Timur Tengah.
“Yang menjadi keutamaan untuk pihak kerajaan pada waktu ini adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa terjamin sama ada mereka yang mungkin terkandas akibat ketiadaan penerbangan pulang ataupun yang bermastautin di negara-negara yang terkesan dengan apa yang sedang berlaku di Iran akibat serangan daripada rejim Zionis Israel,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini.
Pada awal pagi 28 Feb lepas, Israel dan AS melancarkan serangan udara terhadap sasaran di Iran.
Tehran kemudian bertindak balas menyasarkan pangkalan tentera dan kemudahan logistik AS di beberapa negara Arab, menyebabkan sekatan ruang udara meluas di seluruh rantau itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#konflik Asia Barat
#perang Iran AS-Israel
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan