awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani wanita dirogol dan dibunuh, netizen gesa cari jalan penyelesaian

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/11/2015
05:08 MYT
Kerani wanita dirogol dan dibunuh, netizen gesa cari jalan penyelesaian
Mangsa ditemui mati di rumahnya dalam keadaan separuh bogel dan barang-barang berharga miliknya didapati hilang. - Foto Facebook Hazra.my
Kisah seorang kerani wanita yang dijerut dan kemudiannya dirogol di rumahnya pada Isnin menjadi antara perkongsian paling hangat diperkatakan di laman sosial hari ini.
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita muda itu dan sangat terkejut dan marah dengan kejadian yang disifatkan sebagai sangat kejam itu.
Ramai yang mula mempersoalkan isu keselamatan wanita, khususnya mereka yang tinggal berseorangan.
Ada yang berpendapat situasi jenayah yang menjadi-jadi membuatkan golongan wanita sudah merasa tidak selamat lagi, walaupun ketika berada di dalam rumah sendiri.
Pelaku memang kejam, kejam dari binatang... arwah ada anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu.Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan tenang di sana.
Posted by Siakap Keli on
Wanita itu dipercayai telah dijerut menggunakan tali pengikat langsir dan dijumpai terbaring dihadapan pintu bilik. Ya...
Posted by Oh! Media on
Justeru pihak berkuasa diminta mencari jalan agar kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di masa hadapan. Malah ramai juga yang mencadangkan hudud sebagai jalan penyelesaian.
Laporan Berita Harian menyebut wanita tersebut bertugas sebagai kerani di sebuah sekolah agama.
Dia ditemui mati di rumahnya di Sungai Terap, Muar, dalam keadaan separuh bogel dan barang-barang berharga miliknya didapati hilang.
Laporan itu turut menyebut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, percaya mangsa dirogol dan dibunuh.
Beberapa portal turut melaporkan wanita itu berusia 29 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 11 bulan.
Penjenayah dilaporkan sudah berada di dalam rumah ketika mangsa pulang dari tempat kerja.
Suami mangsa dikatakan keluar bertugas ketika kejadian.
Suspek kini sedang diburu polis.
Topic Berkaitan
#jenayah
#kes bunuh
#rogol
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan