awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas langgar pokok, 3 maut

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2021
01:32 MYT
Kereta terbabas langgar pokok, 3 maut
Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Klang Lama pagi Ahad. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Klang Lama di sini pada Ahad.
Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Hasim berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.49 pagi.
"Seramai 18 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dan Pantai bergegas ke lokasi kejadian," katanya melalui kenyataan akhbar pada Ahad.
Mohd Nazri berkata kemalangan tersebut mengakibatkan kenderaan terbabit remuk dan terputus dua bahagian.
"Kita mengeluarkan tiga lelaki warga tempatan yang tersepit dan dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.
Menurutnya, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kesemua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.55 pagi," katanya.
Berita asal: Tiga lelaki maut kereta terbabas langgar pokok
Topic Berkaitan
#kemalangan
#langgar pokok
#kereta remuk
#terputus dua
#Mohd Nazri Hasim
#Jalan Klang Lama
#tiga lelaki warga tempatan
#mangsa tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan