awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbakar, pemandu nyaris maut dalam kemalangan di Jitra

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/06/2020
02:01 MYT
Kereta terbakar, pemandu nyaris maut dalam kemalangan di Jitra
Kereta Proton Iswara hangus terbakar selepas terlibat kemalangan di Jalan Kodiang, dekat Jitra pagi tadi. -Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli
Dua pemandu nyaris maut selepas kereta mereka terbakar dalam kemalangan di Jalan Kodiang, dekat Jitra, Kedah pagi tadi.
Kedua-dua mangsa berusia 60-an berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang awam yang melalui jalan itu ketika kejadian.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 7.25 pagi.
Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan kereta Proton Iswara dan Proton Satria yang bertembung lalu terbakar. Kereta Proton Iswara itu musnah sepenuhnya.
Bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan api.
Mangsa yang cedera di kepala dan kaki dan dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan.
Punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Hospital Jitra
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kemalangan
#kereta terbakar
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
#Proton Iswara
#Proton Satria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan