awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
Sembilan anggota polis dihukum mati di India berhubung kematian tahanan semasa COVID-19
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja letupan batu: PLUS aktifkan lencongan di Lebuhraya Utara-Selatan di Johor 10 Mac

Bernama
Bernama
05/03/2026
04:39 MYT
Kerja letupan batu: PLUS aktifkan lencongan di Lebuhraya Utara-Selatan di Johor 10 Mac
Pengaktifan lencongan pada 10 Mac ini akan bermula pada 10 malam hingga 5 pagi keesokan harinya (11 Mac), melibatkan KM23.9 hingga KM26.1 arah utara dan KM24.7 hingga KM26.1 arah selatan.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan lencongan dan laluan terhad sementara bagi memberi laluan kepada kerja letupan batu untuk Projek Pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan di Johor.
PLUS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengaktifan lencongan pada 10 Mac ini akan bermula pada 10 malam hingga 5 pagi keesokan harinya (11 Mac), melibatkan KM23.9 hingga KM26.1 arah utara dan KM24.7 hingga KM26.1 arah selatan.
Pengaktifan berkenaan adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan letupan batu dan pembersihan kawasan bagi Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara) yang kini sedang giat dijalankan.
“Laluan di antara Persimpangan Kulai dan Senai (Utara) juga akan ditutup sementara kira-kira 1 pagi selama beberapa minit kepada semua jenis kenderaan bagi memastikan tahap keselamatan yang optimum semasa aktiviti letupan dijalankan.
“Laluan akan dibuka semula secepat mungkin setelah kerja letupan, pembersihan dan pemeriksaan keselamatan selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, PLUS menasihati pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.
Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi terpilih manakala orang ramai boleh menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#letupan batu
#pelebaran lebuh raya
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan