awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AOS 2026 & SoundCircus kembali gegar MAEPS 1 – 2 Ogos
Bomba selamat 2 beradik terperangkap dalam kebakaran rumah
[KOLUMNIS] RPTM 2026–2035 menuntut anjakan paradigma institusi

Kerjasama strategik perkukuh hubungan akademik Malaysia-Indonesia

Datuk Yahaya Abdullah
Datuk Yahaya Abdullah
14/03/2026
04:30 MYT
Kerjasama strategik perkukuh hubungan akademik Malaysia-Indonesia
Kerjasama strategik UUM-ADAI menjadi jambatan penghubung dunia profesional dan akademik apabila kedua-dua pihak berkongsi kepakaran untuk pembangunan bidang perakaunan. - Gambar UUM
Usaha memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia diteruskan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Persatuan Pensyarah-pensyarah Perakaunan Indonesia (ADAI).
Menurut Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, kerjasama strategik itu tertumpu kepada usaha meningkatkan penyelidikan dan pembangunan modal insan khususnya dalam bidang perakaunan.
“Menerusi kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak berpeluang berkongsi kepakaran, pengalaman dan sumber bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan di peringkat serantau. Antara inisiatif utama yang bakal dilaksana adalah usaha mempromosi program pengajian Doktor Falsafah yang ditawarkan UUM kepada warga akademik di Indonesia terutama di bandar Medan,” jelasnya
Selain itu, kerjasama itu membuka ruang kepada aktiviti mobiliti mahasiswa dan perkongsian pembelajaran apabila ADAI berhasrat menghantar pelajar menjalani latihan praktikal di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA).
“Strategi ini membolehkan mahasiswa perakaunan bukan sahaja menimba ilmu secara teoritikal tetapi berpeluang mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam konteks dunia sebenar. MoU ini juga membuka ruang keahlian kepada 20 pensyarah dari TISSA menganggotai ADAI secara percuma supaya mereka terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti profesional, perkongsian ilmu, jaringan akademik dan inisiatif pembangunan keilmuan anjuran ADAI,” ujarnya.
Katanya lagi, kerjasama strategik itu adalah permulaan kepada lebih banyak bentuk kerjasama lebih luas pada masa hadapan dengan Indonesia yang berperanan menjadi jambatan penghubung komuniti akademik kedua-dua negara.
Kenyataan itu turut dipersetujui Presiden ADAI, Prof. Madya Dr. Arfan Ikhsan Lubis yang melihat pelaksanaan MoU dengan UUM dapat mengukuhkan hubungan profesional dan akademik khususnya dalam bidang perakaunan Malaysia dan Indonesia.
Topic Berkaitan
#ADAI
#UUM
#dunia profesional
#bidang perakaunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.