awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan pemain bola sepak bawa kerambit dirujuk Pendakwa Raya - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/08/2024
03:44 MYT
Kertas siasatan pemain bola sepak bawa kerambit dirujuk Pendakwa Raya - Polis
Gambar tular di media sosial seorang lelaki dipercayai membawa masuk senjata tajam berupa kerambit semasa pergaduhan perlawanan bola sepak di padang KLFA, Desa Melati, Kuala Lumpur pada 5 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan pemain bola sepak amatur yang dipercayai mengacukan objek tajam dalam insiden perselisihan semasa perlawanan bola sepak di KLFA Football Centre, 5 Ogos lalu, telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, pihaknya mencadangkan pertuduhan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 terhadap lelaki berusia 22 tahun itu.
"Pertuduhan memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
"Manakala teman wanitanya yang berusia 21 tahun masih dalam tahanan imigresen mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah.
"Setakat ini masih belum ada sebarang tarikh untuk pertuduhan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Sebelum ini, Mohamad Lazim berkata, suspek mengaku mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri dalam kejadian itu.
Suspek lelaki telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman tamat.
Pada Jumaat lalu, Astro AWANI melaporkan tular seorang pemain sebuah pasukan amatur kelihatan menggunakan objek tajam menyerupai kerambit dalam pergaduhan dipercayai semasa satu perlawanan liga sosial.
Dalam hantaran tular berkenaan, kejadian itu berlaku kira-kira 12.30 tengah malam membabitkan seorang pemain yang memakai jersi bernombor 7 dari sebuah pasukan amatur.
Susulan kejadian itu, polis mengesan pemain terbabit bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#pemain bola sepak
#kerambit
#pergaduhan
#KLFA Football Centre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan