awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes 1MDB: Roger Ng mengaku tidak bersalah di mahkamah AS

Agensi
Agensi
07/05/2019
01:00 MYT
Kes 1MDB: Roger Ng mengaku tidak bersalah di mahkamah AS
Ng (kiri) bersama Agnifilo selepas keluar dari Mahkamah Persekutuan Brooklyn di New York pada Isnin. - AP
Peguam bela bagi bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng, berkata anak guamnya akan melawan pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah yang telah dilemparkan terhadapnya.
Ng, seorang warganegara Malaysia, tiba di Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu selepas diektradisi oleh Malaysia.
Marc Agnifilo memberitahu media di New York dia lega Ng tiba dengan selamat di AS.
"Ng menolak ekstradisinya pada Februari lalu. Sebelum ini, kami memang berharap dia akan datang ke Amerika Syarikat. Sekarang, dia di sini. Itu perjanjian yang diatur antara Kerajaan Malaysia dan AS.
"Saya gembira dia di sini dalam keadaan selamat dan tidak lagi ditahan di Malaysia. Hari ini, dia mengaku tidak bersalah. Saya berharap dia akan terus kekal dengan pendiriannya," kata Agnifilo.
Sebelum itu, Ng yang nama sebenarnya Ng Chong Hwa, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Persekutuan Brooklyn di New York ke atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu.
Bekas pegawai bank berusia 51 tahun itu juga dibebaskan selepas membayar ikat jamin sebanyak AS$1 juta.
Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan Ng ditahan di rumah dan dipakaikan alat pengawasan elektronik.
Ng sebelum ini didakwa bersubahat dalam kegiatan mengalihkan wang haram bernilai berbilion ringgit dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BACA: Rumah bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng diserbu polis - Laporan
BACA: Malaysia akan saman Goldman Sachs, tuntut RM11 bilion - Tommy Thomas
Topic Berkaitan
#1MDB
#Goldman Sachs
#Jho Low
#Roger Ng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan