awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes aktivis ganggu ucapan KP SPRM, polis janji segerakan siasatan

Bernama
Bernama
08/04/2026
09:52 MYT
Kes aktivis ganggu ucapan KP SPRM, polis janji segerakan siasatan
Fadil Marsus, berkata ketiga-tiga individu itu disiasat atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam, hasutan serta pencerobohan. - Gambar fail

Polis akan menyegerakan siasatan terhadap tiga aktivis yang dipercayai terbabit dalam insiden mengganggu program dihadiri Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata ketiga-tiga individu itu disiasat atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam, hasutan serta pencerobohan.

"Kita membuka siasatan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam, hasutan dan pencerobohan.

"Kita akan cuba melengkapkan siasatan dalam kadar segera sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya.

"Setakat ini, lebih dua laporan polis diterima berhubung insiden ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Terdahulu, mahkamah membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari ke atas ketiga-tiga suspek bermula Rabu.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186, Seksyen 447 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Tiga aktivis itu dipercayai bertindak mengangkat plakad bertulis ‘Tangkap Azam Baki’ ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sedang menyampaikan ucapan perasmian Wacana Ilmiah Perdana kira-kira pukul 2.45 petang.

Topic Berkaitan
#Azam Baki
#aktivis
#reman
#SPRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan