awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes babit Namewee: Mayat pempengaruh Taiwan dituntut kedutaan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/11/2025
10:37 MYT
Kes babit Namewee: Mayat pempengaruh Taiwan dituntut kedutaan
Kes kematian Hsieh Yun Hsin (kanan) kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KUALA LUMPUR : Selepas hampir sebulan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), mayat pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsin akhirnya dituntut Kedutaan Taiwan, 10 hari lalu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam satu kenyataan ringkas di sini, pada Khamis.
"Untuk makluman rakan media, mayat mangsa telah dituntut oleh pihak kedutaan (Taiwan)," katanya.
Sebelum ini, terdapat individu yang cuba menuntut jasad wanita berusia 31 tahun itu, namun tidak dibenarkan kerana tiada pengesahan atau kebenaran rasmi daripada pihak berwajib.
Mangsa sebelum itu ditemukan mati dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, pada 22 Oktober lalu, sebelum dibawa ke HKL bagi tujuan bedah siasat.
Difahamkan, mangsa tiba di Malaysia pada 20 Oktober dan dijadualkan pulang empat hari kemudian.
Kes berkenaan pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun kemudian disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Siasatan polis mendapati pengarah kontroversi, Namewee, dipercayai menjadi individu terakhir dilihat bersama mangsa sebelum kematiannya.
Susulan itu, Namewee ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Polis juga sebelum ini memberitahu, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mereka mempunyai 'hubungan istimewa'.
Topic Berkaitan
#Namewee
#Hsieh Yun Hsin
#pempengaruh Taiwan
#hasil siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan