awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Bill Kayong: Polis berkas suspek ke-8

Bernama
Bernama
07/07/2016
03:39 MYT
Kes bunuh Bill Kayong: Polis berkas suspek ke-8
Bill Kayong ditembak mati di persimpangan jalan di Lutong, 21 Jun lepas.
Pasukan petugas khas polis memberkas suspek kelapan berkaitan siasatan kes Setiausaha Cabang PKR Miri Bill Kayong yang ditembak mati di persimpangan jalan di Lutong, 21 Jun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap pada pukul 10.30 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Piasau Utara 1, di sini.
"Pasukan petugas percaya suspek ini dapat memberikan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan itu, dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri tengah hari ini untuk direman, kata Dev Kumar dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sejak pasukan petugas itu dibentuk selepas kes pembunuhan itu, lapan suspek ditahan setakat ini dengan tujuh suspek masih dalam tahanan termasuk yang ditahan malam tadi.
Seorang daripada lapan suspek itu telah dibebaskan selepas permohonan untuk tahanan remannya ditolak oleh Mahkamah Majistret Miri.
Beliau berkata pasukan penyiasat itu akan memohon lanjutan tahanan reman bagi enam suspek yang diberkas pada awalnya kerana siasatan masih belum lagi selesai.
BACA: Polis yakin kes pembunuhan Bill Kayong selesai
BACA: Enam suspek ditahan berhubung kes bunuh Bill Kayong
Topic Berkaitan
#Bill Kayong
#Bill Kayong PKR
#ditembak mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan