awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Bill Kayong: Polis panggil keluarga, rakan beri keterangan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/06/2016
02:50 MYT
Kes bunuh Bill Kayong: Polis panggil keluarga, rakan beri keterangan
Sehingga pagi ini, masih belum ada mana-mana saksi kejadian yang tampil untuk menyalurkan maklumat dalam kes pembunuhan Bill Kayong (gambar). -Foto Facebook
Polis kini memanggil beberapa individu bagi merakam keterangan berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Bahagian Miri, Bill Kayong semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata antara individu yang dipanggil memberi keterangan termasuk ahli keluarga serta rakan terdekat mangsa.
"Kami masih lagi menyiasat daripada pelbagai sudut. Pada masa ini, kami sedang menemu bual beberapa ahli keluarga dan juga rakan terdekat mangsa untuk mendapatkan maklumat tepat bagi membantu siasatan kes ini.
"Setakat ini, siasatan kes masih berjalan dan kami akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," kata Dev Kumar ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan butiran terperinci individu yang telah dipanggil memberi keterangan.
BACA: PDRM tubuh pasukan khas siasat kematian Bill Kayong - Khalid
Sementara itu, jelas Dev Kumar, sehingga pagi ini, masih belum ada mana-mana saksi kejadian yang tampil untuk menyalurkan maklumat.
Justeru, beliau menggesa saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.
"Sehingga hari ini, belum ada mana-mana saksi kejadian yang tampil ke hadapan untuk memberi sebarang maklumat.
"Sekali lagi kita menyeru mana-mana pengguna jalan raya yang telah menyaksikan kejadian tersebut untuk menyalurkan maklumat," katanya.
Saksi kejadian boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri atau menghubungi talian 085-432222.
BACA: Kes tembak Bill Kayong: Tolong jangan buat spekulasi - Polis
Dalam kejadian semalam, Bill yang ketika itu sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota yang tertera logo PKR, telah ditembak dari sebelah tingkap pemandu ketika menunggu di lampu isyarat.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong mati ditembak
Mangsa dilaporkan ditembak pada leher dan rebah di tempat duduknya kira-kira jam 9.20 pagi.
Bill, 43 tahun, juga merupakan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teoh.
Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, Bill bertanding di kerusi DUN Bekenu di mana beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus dalam pertandingan empat penjuru.
Topic Berkaitan
#Bill Kayong
#pembunuhan ahli politik
#PKR Miri
#SAC Dev Kumar
#tembak mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan