awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh ketua jururawat: Reman dua suspek disambung

Bernama
Bernama
22/05/2019
16:00 MYT
Kes bunuh ketua jururawat: Reman dua suspek disambung
Pada 15 Mei, Siti Kharina, 40, dijumpai dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala. - Gambar fail
Tempoh reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin, disambung selama seminggu sehingga 29 Mei ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata bagaimanapun permohonan untuk menyambung tempoh reman suspek lelaki warga Nigeria pula akan dibuat pada Khamis di Mahkamah Sepang.
"Siasatan berhubung kes ini masih lagi dijalankan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
BACA: Suspek warga Nigeria, Siti Kharina sudah kenal lama - Polis
VIDEO: Suspek ketiga kes bunuh Siti Kharina ditahan reman tujuh hari
Pada 15 Mei, Siti Kharina, 40, dijumpai dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.
Berikutan itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat kes itu, iaitu dua lelaki masing-masing rakyat Nigeria dan Pakistan serta seorang wanita Nigeria dengan tempoh reman kesemua mereka berakhir pada Rabu.
BACA: Polis sahkan wanita dibunuh di Cyberjaya, dipercayai jururawat yang hilang
Ketua Jururawat itu dilapor hilang 8 Mei lepas setelah kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang hari yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#Cyberjaya
#Fadzil Ahmat
#Hospital Serdang
#jenayah
#kelar
#Ketua Jururawat
#kondominium
#mahkamah
#Nigeria
#Pakistan
#reman
#siasatan
#Siti Kharina Kamarudin
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan