awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh pemandu e-hailing di Tawau bermotif cemburu - Polis

Bernama
Bernama
31/01/2023
05:00 MYT
Kes bunuh pemandu e-hailing di Tawau bermotif cemburu - Polis
Idris berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.- Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Kes bunuh terhadap seorang pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di Tawau pada 13 Jan lepas yang melibatkan penahanan lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan adalah bermotifkan cemburu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.
Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.
Menurut Idris tiga orang awam turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan semalam isteri kepada si mati telah didakwa di Mahkamah Majistret Tawau mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut.
"Kes sedang dalam siasatan dan polis sedang mengumpulkan bahan bukti serta mengambil keterangan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.
Jenayah | Wanita didakwa bunuh pemandu e-hailing warga emas
Semalam, penganggur, Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 hingga 9 malam, 13 Jan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh pemandu e-hailing
#bunuh Tawau
#motif cemburu
#Pesuruhjaya Polis Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan