awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh remaja: Polis tahan lima lelaki Myanmar

Bernama
Bernama
04/12/2024
09:00 MYT
Kes bunuh remaja: Polis tahan lima lelaki Myanmar
Vijaya Rao berkata dalam kejadian Ahad lepas itu, mangsa berusia 16 tahun ditikam lebih 20 kali di hampir seluruh badan termasuk leher. - Gambar fail/BERNAMA
BANTING: Polis menahan lima lelaki warga Myanmar dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan seorang remaja senegara dalam kejadian di belakang sebuah pasar raya di Taman Klang Utama, Klang, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata dalam kejadian kira-kira 10.58 malam itu, mangsa berusia 16 tahun ditikam lebih 20 kali hampir seluruh badan termasuk leher.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.30 malam dan sebaik tiba di lokasi kejadian, remaja itu didapati telah meninggal dunia.
"Polis menahan kelima-lima suspek berusia 25 hingga 40 tahun di sekitar Klang beberapa jam selepas penemuan mayat," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Langat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini.
Vijaya Rao berkata semakan mendapati remaja itu bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit berhampiran, dan kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu apabila seorang daripada suspek mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan cinta dengan remaja berkenaan.
Beliau berkata polis merampas telefon bimbit milik semua suspek dan usaha giat dilakukan bagi mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian.
Semua suspek direman tujuh hari, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh remaja
#warga Myanmar ditahan
#Taman Klang Utama
#ditikam berkali-kali
#S Vijaya Rao
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan