awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 151 peratus

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/06/2022
03:59 MYT
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 151 peratus
Rumaizi berkata, sebanyak tiga lokaliti telah menjadi hotspot iaitu Pekan Razaki dan Desa Sri Ampang pada bulan Mac dan Kampung Tersusun Batu 8 pada bulan Jun 2022. - Gambar fail
IPOH: Kes demam denggi di kawasan Bandaraya Ipoh meningkat 221 kes atau 151 peratus pada minggu epidemiologi 25 tahun ini yang berakhir 25 Jun, berbanding 88 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Peningkatan dikatakan berpunca daripada hujan yang berterusan sejak awal Mei tahun ini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sebanyak tiga lokaliti telah menjadi hotspot iaitu Pekan Razaki dan Desa Sri Ampang pada bulan Mac dan Kampung Tersusun Batu 8 pada bulan Jun 2022.
"Hasil kerjasama penduduk setempat dan semua agensi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) setelah melaksanakan aktivtiti kawalan, lokaliti tersebut berjaya dikeluarkan dari kategori hotspot pada 15 Jun iaitu kurang dari 50 hari.
"Adalah dimaklumkan sasaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah 100 Hari dari tarikh kes pertama," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Penuh MBI, di sini, hari ini.
Menurutnya, lot-lot kosong dan rumah terbiar merupakan antara tempat berisiko untuk tempat pembiakan nyamuk Aedes serta haiwan berbisa.
Beliau memberitahu, sehingga 31 Mei lalu, sebanyak 1,176 notis penghapusan kacauganggu semak samun lot terbiar atau rumah terbiar telah dikeluarkan dan sebanyak 884 telah patuhi dengan kadar pematuhan sebanyak 75 peratus.
Katanya, sebanyak 10 tawaran kompaun bernilai RM5,250 telah dikeluarkan kepada pemilik yang gagal patuhi notis.
“Semua pemilik dan pemaju lot-lot persendirian dan rumah yang terbiar bersemak-samun serta berhampiran dengan kawasan perumahan diminta supaya diselenggara secara berkala supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, haiwan serta reptilia berbisa,” ujarnya.
Rumaizi berkata, aktiviti pencegahan dan kawalan untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk perlu dilaksanakan secara berterusan dan dipertingkatkan supaya densiti nyamuk Aedes berada pada tahap seminima mungkin.
Topic Berkaitan
#denggi
#Ipoh
#air bertakung
#aedes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan