awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi di Kelantan menurun 57 peratus tahun ini

Bernama
Bernama
09/12/2017
11:46 MYT
Kes denggi di Kelantan menurun 57 peratus tahun ini
Kes denggi di Kelantan mencatat penurunan 57 peratus kepada 2,455 kes pada tahun ini, berbanding 5,742 kes pada tahun lepas. -Gambar fail
Kes denggi di Kelantan mencatat penurunan 57 peratus kepada 2,455 kes pada tahun ini, berbanding 5,742 kes pada tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, kes kematian akibat denggi juga mencatat penurunan dengan dua kematian setakat minggu ke-48 tahun ini, berbanding 10 kematian tahun lalu.
"Penurunan kes berkaitan denggi amat membanggakan kerana ia jelas menunjukkan kerjasama antara pelbagai jabatan dan orang ramai membuahkan hasil.
"Bagaimanapun, kes berkaitan denggi boleh kembali meningkat jika penduduk kembali kepada tabiat lama dengan tidak mementingkan kebersihan kawasan persekitaran kediaman mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Gotong-royong Perdana Kali Ke-2 di Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata Jabatan kesihatan Kelantan tidak menerima sebarang laporan berkaitan penyakit terbabit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika banjir lalu.
Dalam pada itu, Dr Ahmad Razin berkata kerajaan sedang membina sebuah klinik kesihatan jenis 3 di Gual Tinggi, Pasir Mas bagi menggantikan Klinik Kesihatan Rantau Panjang yang sering ditenggelami banjir ketika musim tengkujuh.
Beliau berkata kos pembinaan klinik baharu itu menelan belanja sekitar RM30 juta dan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-11. -- Bernama
Topic Berkaitan
#aedes
#Ahmad Razin Ahmad Mahir
#denggi
#gotong-royong
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan