awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi meningkat 100 peratus di Labuan

Bernama
Bernama
09/05/2022
07:39 MYT
Kes denggi meningkat 100 peratus di Labuan
Dr Ismuni berkata, Kampung Layang-Layangan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi susulan kebanyakan kes berlaku di situ. - Foto Bernama
LABUAN: Sepuluh kes denggi dilaporkan di Labuan setakat ini tahun ini, peningkatan 100 peratus berbanding sepanjang tahun lepas yang hanya mencatatkan lima kes, menurut Jabatan Kesihatan Labuan.
Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata Kampung Layang-Layangan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi susulan kebanyakan kes berlaku di situ.
"Situasi membimbangkan jika tidak dikawal memandangkan musim hujan sekarang dengan longkang tersumbat menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan mencetuskan wabak," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau menggesa masyarakat setempat supaya memastikan persekitaran mereka bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.
Mengenai kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang merupakan jangkitan biasa dalam kalangan kanak-kanak, beliau berkata ia masih terkawal walaupun beberapa kes dilaporkan baru-baru ini.
Mengenai COVID-19, beliau berkata hanya satu kes dilaporkan di pulau bebas cukai itu pada Jumaat, menjadikan jangkitan kumulatif kepada 21,309 kes.
Tiada kluster baharu dikesan.
Beliau berkata jumlah kumulatif kes COVID-19 yang pulih adalah 21,065.
Dr Ismuni berkata saringan COVID-19 masih dijalankan terhadap pelawat dari Brunei di terminal feri Labuan dan pelawat antarabangsa di Lapangan Terbang Labuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes denggi
#Denggi di Labuan meningkat
#wabak Denggi
#HFMD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan