awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam serangan bersenjata di kawasan rekreasi Afghanistan
Delegasi Iran tiba di Pakistan bagi rundingan kritikal dengan AS
Turkiye, Arab Saudi selesai isu visa transit selepas pertikaian sedekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi meningkat 11.2 peratus, satu lagi kematian dilaporkan

Bernama
Bernama
12/12/2023
06:28 MYT
Kes denggi meningkat 11.2 peratus, satu lagi kematian dilaporkan
Antara punca peningkatan kes denggi ialah disebabkan peningkatan hujan berikutan musim MTL yang menyumbang kepada peningkatan bekas berpotensi pembiakan nyamuk aedes. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi meningkat 11.2 peratus kepada 2,988 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48) iaitu bagi tempoh 26 Nov hingga 2 Dis lepas berbanding 2,686 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata terdapat satu kematian yang dilaporkan akibat komplikasi demam denggi pada ME48.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan hingga ME48 meningkat 91.3 peratus kepada 111,417 kes berbanding 58,239 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Sejumlah 84 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 39 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME48 adalah sebanyak 95 lokaliti berbanding 79 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
Lokaliti berkenaan ialah 71 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (10), Perak (lapan), Sabah (empat) serta masing-masing satu di Johor dan Sarawak.
Beliau berkata antara punca peningkatan kes denggi ialah disebabkan peningkatan curahan hujan berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) dan keadaan ini boleh menyumbang kepada peningkatan bekas berpotensi pembiakan nyamuk aedes.
Bagi survelan chikungunya pula, Dr Muhammad Radzi berkata terdapat empat kes dan satu wabak aktif dilaporkan pada ME48.
"Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 192 kes. Bagi survelan zika, sebanyak 3,479 sampel darah dan 379 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#angka kes
#angka kematian
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan