awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera dua beradik: Polis tahan ibu kandung dan bapa tiri

Bernama
Bernama
29/04/2022
03:50 MYT
Kes dera dua beradik: Polis tahan ibu kandung dan bapa tiri
Buat masa ini, polis telah menahan reman selama tujuh hari kedua-dua ibu dan bapa tiri dua kanak-kanak itu.
ALOR SETAR: Polis menahan satu pasangan suami isteri yang disyaki terlibat mendera dua beradik di Jalan Sungai Petani, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata bapa tiri dua kanak-kanak itu ditahan pada pukul 3.30 petang di rumahnya di Jalan Sungai Petani, manakala ibu kandung mereka yang berumur 31 tahun, ditahan kira-kira dua jam kemudian di sekitar Jalan Kolam Air, dekat sini.
"Polis masih sedang menyiasat sama ada ibu dua beradik itu terlibat sama dalam kes berkenaan. Ibu dan bapa tiri dua kanak-kanak itu ditahan reman selama tujuh hari," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam media melaporkan polis menahan seorang lelaki berumur 33 tahun yang disyaki mencederakan dua anak tirinya, masing-masing merupakan murid darjah satu dan tiga sebuah sekolah rendah di sini, dan hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif terhadap jenis methamphetamine.
Pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan ke atas dua kanak-kanak berkenaan mengesahkan bahawa mereka mengalami kecederaan akibat dipukul, dan mereka kini ditempatkan di wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemantauan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera
#Sungai Petani
#dera dua beradik
#bapa tiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan