awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/08/2024
09:40 MYT
Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan
Semalam tular satu video dakwaan pemilik akaun TikTok mendakwa berlaku kes penderaan fizikal dan seksual ke atas pelajar pusat tahfiz berkenaan. - Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pihaknya telah menerima laporan dan tindakan susulan telah dibuat.
"Kita telah menahan empat individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat atau persetubuhan luar tabii.
"Manakala seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001. Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
“Polis masih meneruskan siasatan dan pengurusan pusat pengajian itu turut dipanggil bagi memberi keterangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Azam Abd Samat berkata, pihaknya turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
Bagaimanapun katanya, kes terbabit diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Saya dimaklumkan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bahawa mereka sudah pergi melakukan siasatan di maahad tahfiz berkenaan mengikut bidang kuasa jabatan.
"JHEAIK dimaklumkan ibu bapa pelajar turut membuat laporan polis, jadi pihak jabatan tak boleh campur tangan kerana ia dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi.
Semalam tular satu video dakwaan pemilik akaun TikTok mendakwa berlaku kes penderaan fizikal dan seksual ke atas pelajar pusat tahfiz berkenaan.
Video terbabit turut mendakwa terdapat pelajar yang kurus kering kerana tidak diberi makan dengan cukup selepas belajar di pusat tahfiz itu.
Pemilik akaun itu turut mendakwa pelajar dibuli dan didera fizikal serta mental selain dilarang untuk mengadu kepada ibu bapa, sehingga ada yang perlu menjalani rawatan psikiatri.
Dalam paparan video itu juga, pemilik akaun mendakwa laporan terhadap JHEAIK sudah dilakukan namun tiada sebarang tindakan diambil.
Gambar pelajar yang mengalami kecederaan di kaki dan dirawat di hospital turut dikongsi dalam video berkenaan, selain terdapat gambar kesan kegatalan pada kulit tangan dan kaki serta pelajar yang kurus.
Topic Berkaitan
#kes liwat
#kes dera
#pusat tahfiz
#Merbok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan