awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jenayah babitkan warga asing di Kelantan meningkat

Bernama
Bernama
22/01/2024
09:42 MYT
Kes jenayah babitkan warga asing di Kelantan meningkat
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (kiri) ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Sebanyak 153 kes jenayah melibatkan warga asing direkodkan di Kelantan sepanjang tahun lepas, meningkat berbanding 121 kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Beliau berkata warga Thailand mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 43 kes, diikuti Myanmar (42), Indonesia (37), Bangladesh (18), India (sembilan) dan Kemboja dan China masing-masing satu.
Bercakap pada media media selepas Program Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini beliau berkata kesalahan tertinggi direkodkan melibatkan kes mencuri (45), pecah rumah (32) dan khianat (28).
Sementara itu Muhamad Zaki berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah memastikan tiada kegiatan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau along beroperasi di negeri Kelantan, dan beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berurusan dengan along kerana ia hanya akan membawa kesan yang negatif sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes jenayah
#warga asing
#Kelantan
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan