awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes penyelewengan zakat MAIPk RM9.62 juta: Tiada lagi akan dipanggil

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/01/2024
05:23 MYT
Kes penyelewengan zakat MAIPk RM9.62 juta: Tiada lagi akan dipanggil
Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Ketua Polis Perak. - Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Setakat ini tiada lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM9.62 juta.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan tetap dijalankan walaupun pasangan suami isteri yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah.
Menurutnya, walaupun dibebaskan, pihak polis akan terus menjalankan siasatan terhadap pasangan tersebut, masing-masing yang lelaki berumur 50 tahun dan wanita berumur 53 tahun.
“Setakat ini tiada (individu lain akan dipanggil bagi bantu siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan kutipan zakat MAIPk itu dibebaskan hari ini, dengan jaminan bon mahkamah RM50,000 setiap seorang.
Permohonan jaminan itu dikemukakan pihak polis di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.
Majistret Farah Nabihah Muhamad membenarkan permohonan itu.
Sebelum ini, Mohd Yusri mengesahkan suami isteri itu ditahan di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.35 tengah hari pada 5 Januari lalu.
Pada mulanya, kedua-dua mereka direman tujuh hari mulai 6 hingga 12 Januari sebelum disambung reman tiga hari lagi, berakhir hari ini.
Topic Berkaitan
#seleweng wang zakat
#MAIPk
#Mohd Yusri Hassan Basri
#mahkamah majistret ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan