awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes positif di penjara kini cecah 1,126 kes

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
06/10/2020
15:14 MYT
Kes positif di penjara kini cecah 1,126 kes
Penjara Alor Setar merekodkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 950 kes. - Google Maps
PUTRAJAYA:Pertambahan 453 kes positif COVID-19 melibatkan banduan dan kakitangan pada Selasa menyaksikan jumlah keseluruhan kes positif melibatkan mereka kini mencecah 1,126 kes.
Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil semua langkah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk merawat, kuarantin dan mencegah penularan wabak tersebut.
Menurutnya, ia termasuk melibatkan aspek penugasan kakitangan serta penjagaan banduan di seluruh negara.
“Bagi mengurangkan kesesakan, Jabatan Penjara juga mengambil langkah tambahan dan drastik, seperti pesalah kes dadah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dikeluarkan dari penjara.
“Mereka akan ditempatkan di beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwartakan sebagai penjara sementara.
“Selain itu, Jabatan Penjara juga akan melaksanakan Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ke atas sabitan hukuman bawah setahun yang baki hukumannya kurang dari tiga bulan,” katanya.
Sehingga 5 Oktober 2020), terdapat 11,018 banduan hukuman kurang dari satu tahun dan baki hukumannya kurang dari tiga bulan yang layak untuk dipertimbangkan bagi PBSL.
“Semua banduan yang dibebaskan melalui PBSL wajib melepasi kriteria pemilihan ketat yang ditetapkan dan disahkan lulus saringan COVID-19 oleh KKM terlebih dahulu,” ujarnya.
Jabatan Penjara juga menyeru orang awam di luar penjara untuk bertenang kerana penularan COVID-19 di kalangan banduan berlaku dalam kawasan larangan penjara yang tertutup.
“Berikan keyakinan penuh terhadap langkah-langkah segera yang diambil oleh pihak Jabatan Penjara di bawah kawal selia ketat pihak KKM dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain," katanya.
Untuk rekod, penularan dalam kalangan banduan bermula di Penjara Tawau, Sabah apabila seorang banduan yang baru diterima dari Lahad Datu telah disahkan positif COVID-19 pada 2 September lepas.
Kluster seterusnya pula dikesan di Penjara Alor Setar pada 29 September 2020.
Setakat ini, Penjara Alor Setar merekodkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 950 kes.
Topic Berkaitan
#penjara
#kes baru
#kes positif
#COVID-19
#PKP
#PKPD
#TEMCO
#SOP
#KKM
#Alor Setar
#Tawau
#Lahad Datu
#Sabah
#Kedah
#kesihatan
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan