awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rasuah VLN: Zahid Hamidi tiba di mahkamah, sempat bersalam dengan penyokong

Umavathi Ramayah, Ridauddin Daud
Umavathi Ramayah, Ridauddin Daud
23/09/2022
00:18 MYT
Kes rasuah VLN: Zahid Hamidi tiba di mahkamah, sempat bersalam dengan penyokong
Ahmad Zahid (baju kuning) tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam jam 8.49 pagi ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di bangunan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Shah Alam pada jam 8.45 pagi tadi.
Beliau hadir bagi mendengar keputusan sama ada beliau akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) pada pagi ini.
Difahamkan, keputusan akan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa kira-kira jam 9.15 pagi ini.
Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah juga dilihat hadir ke mahkamah memberikan sokongan.
Laungan "Hidup Presiden" daripada penyokong mengiringi langkah Ahmad Zahid yang berjalan kaki untuk masuk ke bangunan mahkamah selepas bertemu penyokong.
Setakat jam 9.15 pagi, jumlah penyokong dilihat masih ramai dan boleh dikatakan bertambah dari semasa ke semasa.
Keputusan sama ada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), akan diketahui pagi ini.
Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Ahmad Zahid, maka beliau akan dipanggil untuk membela diri manakala jika sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dilepas dan dibebaskan.
Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B. Thavani manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#kes rasuah VLN
#Sistem Visa Luar Negara
#Mahkamah Tinggi Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan