awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes saman fitnah penyelaras BN Batu Kawan selesai di luar mahkamah

Bernama
Bernama
26/11/2012
05:26 MYT
Kes saman fitnah penyelaras BN Batu Kawan selesai di luar mahkamah
Kes saman fitnah oleh Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Kawan A. Mohan terhadap dua pembantu peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy, iaitu M.Satees dan M.Amal Dass diselesaikan di luar mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi GV. Varghese pada Isnin merekodkan penyelesaian itu selepas Mohan, Satees dan Amal Dass bersetuju berbuat demikian (bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah).
Dalam terma penyelesaian yang diedarkan oleh defendan, Satees dan Amal Dass mengaku telah mengeluarkan kenyataan mengenai Mohan di dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 3 Sept 2011 di Pusat Khidmat Ramasamy di Taman Supreme, di George Town.
Bagaimanapun, kedua-dua defendan menyatakan tidak pernah berniat untuk memperkecilkan atau memfitnah Mohan dalam apa jua cara, dan mereka memohon maaf sekiranya telah membuat plaintif tersinggung.
Mohan diwakili peguam bela Baljit Singh dan V.Amareson manakala Satees dan Amal Dass diwakili peguam S.Murali.
Topic Berkaitan
#George Town
#mahkamah
#Penyelaras BN
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan