awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes seludup dadah: Polis Thailand minta bantuan Malaysia - Khalid

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
25/03/2016
11:06 MYT
Kes seludup dadah: Polis Thailand minta bantuan Malaysia - Khalid
KHALID: Pihak Thailand telah memohon bantuan, kita juga sudah menghantar beberapa pegawai ke Bangkok untuk membantu. -Gambar fail
Pihak polis Thailand telah meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk beberapa urusan dan prosedur berhubung tangkapan rakyat negara ini di sana kerana dadah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya juga sudah menghantar beberapa pegawai untuk memberi bantuan yang diperlukan pihak keselamatan negara jiran.
"Pihak Thailand telah memohon bantuan, kita juga sudah menghantar beberapa pegawai ke Bangkok untuk membantu.
"Apa-apa yang lain kita tunggu kenyataan daripada pihak Thailand," katanya semasa sidang media selepas perasmian Sambutan Hari Polis ke-209 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulapol di sini hari ini.
Pada Khamis, 15 rakyat Malaysia berketurunan Melayu dan Cina ditangkap pihak berkuasa Thailand selepas sejumlah besar dadah dijumpai bersama mereka ketika cuba keluar dari Bangkok menggunakan laluan kereta api.
Ketua Biro Siasatan Pusat Thailand, Leftenan Jeneral Thitiraj Nhongharnpitak berkata mereka turut merampas dadah jenis kristal meth dan heroin masing-masing seberat 229 kilogram dan lapan kilogram.
Berikutan penahanan suspek, serbuan dilakukan di sepanjang landasan kereta api di antara Thailand dan Malaysia.
Topic Berkaitan
#15 suspek
#Hari Polis
#Khalid Abu Bakar
#Najib Razak
#PDRM
#polis thailand
#PULAPOL
#rampasan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan