awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tenaga solar di Sarawak: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan

Bernama
Bernama
15/07/2018
04:08 MYT
Kes tenaga solar di Sarawak: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan
Bekas pegawai khas kepada Najib diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya setelah tempoh reman empat hari tamat semalam. --fotoBERNAMA / Fail
Seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak, dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Majistret Chyfica Mohamed Zamri membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta lanjutan reman.
Lelaki berusia 44 tahun bergelar 'Datuk' itu sebelum ini direman enam hari sejak Selasa lalu bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 49 Akta SPRM 2009.
Beliau ditahan pada Isnin selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan.
Peguam yang mewakili beliau, Ridha Abdah Subri, turut hadir di mahkamah hari ini.
Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.
Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.
SPRM sebelum ini menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bebas
#bekas pegawai khas
#Bintulu
#jamin
#Kementerian Pendidikan
#mahkamah
#Najib Razak
#Rasuah
#sekolah
#siasatan
#solar
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan