awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesedaran undang-undang, hak individu perlu diperluas ke luar bandar - Azalina

Bernama
Bernama
25/01/2024
21:00 MYT
Kesedaran undang-undang, hak individu perlu diperluas ke luar bandar - Azalina
Azalina berkata, beliau amat risau apabila terdapat penduduk luar bandar yang menjadi mangsa kepada kegiatan negatif akibat kurangnya pengetahuan mengenai perkara tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
PENAMPANG: Program kesedaran mengenai undang-undang dan hak individu dalam perundangan perlu diperluas khususnya kepada penduduk luar bandar agar tidak mudah menjadi mangsa kepada penipuan selain mendapat perlindungan sewajarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau amat risau apabila terdapat penduduk luar bandar yang menjadi mangsa kepada kegiatan negatif akibat kurangnya pengetahuan mengenai perkara tersebut.
"Kadang-kala mereka menjadi mangsa keadaan macam penipuan dalam talian, kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, kesedaran di kawasan luar bandar, kita kena perbanyakkan," katanya kepada pembeirta selepas pelancaran Van Justice On Wheels di Dewan Gawir, Kampung Madsiang, di sini, pada Khamis.
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian.
Sementara itu, Azalina berkata, perkhidmatan Van Justice On Wheels diwujudkan Jabatan Bantuan Guaman mampu memainkan peranan dalam menyediakan perkhidmatan guaman bagi menyelesaikan kes seperti kekeluargaan, sivil, jenayah dan khidmat pendamping guaman.
Beliau berkata, bantuan guaman bergerak yang bermula di Sabah itu diperkenalkan bagi memudahkan penduduk luar bandar mempercepatkan proses memfailkan kes dan penilaian lanjut akan dibuat membabitkan kawasan yang sukar dicapai Van Justice On Wheels serta cabaran kepada akses perkhidmatan telekomunikasi.
Azalina berkata, bantuan serta kerjasama daripada ADUN dan Ahli Parlimen setiap kawasan amat penting untuk membantu melaksanakan kelancaran kempen kesedaran undang-undang kepada rakyat.
"Tidak ada gunanya kita buat undang-undang tapi rakyat tidak rasa kelebihan undang-undang dan dia nak (hendak) hak dia, tapi tidak tahu nak ke mana," katanya.
Tahun lepas, kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Jabatan Bantuan Guaman untuk pembelian tiga buah van digunakan sebagai klinik guaman bergerak yang diubah suai dengan kelengkapan perkhidmatan guaman untuk kemudahan rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesedaran undang-undang
#hak individu
#penduduk luar bandar
#Azalina Othman Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan