awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketampakan rendah di perairan negara akibat jerebu - Jabatan Meteorologi

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2015
01:05 MYT
Ketampakan rendah di perairan negara akibat jerebu - Jabatan Meteorologi
Kenyataan Jabatan Meterologi menjelaskan, keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran. AP Photo / Joshua Paul
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran jarak ketampakan rendah iaitu kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka berterusan sehingga hari ini, berikutan jerebu.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, keadaan itu turut berlaku di Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, termasuk Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah, khususnya di pedalaman, pantai barat dan Kudat.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer ekoran jerebu turut melanda sekitar Perairan Selat Melaka, Tioman, Kuching dan Labuan yang dijangka berterusan sehingga hari ini.
Keadaan itu juga berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.
Sementara itu, ribut petir dijangka berterusan di Perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu sehingga pagi esok.
Selain itu, angin kencang Barat Daya dan laut bergelora kategori pertama di kawasan Perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Topic Berkaitan
#Jabatan Meterologi Malaysia
#jerebu
#ketampakan rendah
#perairan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan