awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua FA Iran: "Kami boikot AS, bukan Piala Dunia"

Bernama
Bernama
19/03/2026
16:39 MYT
Ketua FA Iran: "Kami boikot AS, bukan Piala Dunia"
Iran merancang untuk beraksi di Piala Dunia, kata ketua persekutuan bola sepaknya, Mehdi Taj pada Khamis walaupun sekali lagi mengkritik Amerika Syarikat.

Iran merancang untuk beraksi di Piala Dunia, kata ketua persekutuan bola sepaknya, Mehdi Taj pada Khamis walaupun sekali lagi mengkritik Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kami memboikot Amerika Syarikat, tetapi bukan Piala Dunia,” agensi berita negara IRNA memetik Taj sebagai berkata. “Kami sedang membuat persiapan untuk Piala Dunia.”

Kejohanan bola sepak lelaki itu dijadual bermula pada 11 Jun di AS, Kanada dan Mexico. Iran, yang kini berperang dengan AS dan Israel, telah pun layak ke kejohanan itu namun sebelum ini menyatakan hasrat supaya perlawanan mereka dipindahkan dari AS ke tuan rumah bersama, Mexico.

Kali ini, Taj tidak memperincikan maksud sebenar boikot terhadap AS itu, termasuk sama ada ia melibatkan keengganan untuk bermain perlawanan di negara berkenaan.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, sedang berhubung dengan persekutuan Iran namun awal minggu ini dilihat menolak sebarang pemindahan lokasi.

Iran dijadual menentang Belgium, New Zealand dan Mesir pada peringkat kumpulan.

-- BERNAMA-dpa

Topic Berkaitan
#Iran
#FA
#Piala Dunia
#beraksi
#boikot
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan