awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Menteri P. Pinang jalani kuarantin kendiri

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2022
07:39 MYT
Ketua Menteri P. Pinang jalani kuarantin kendiri
Chow Kon Yeow menjalani kuarantin kendiri selepas didapati menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 ketika menghadiri sebuah majlis pada Sabtu lalu. - Gambar fail BERNAMA
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjalani kuarantin kendiri selepas didapati menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 ketika menghadiri sebuah majlis pada Sabtu lalu.
Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Kon Yeow menjalani kuarantin selama lima hari bermula Ahad selepas diarahkan berbuat demikian oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).
JKNPP juga mengarahkan beliau menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga daripada tempoh berkaitan iaitu Selasa (25 Januari).
Bagaimanapun, dua ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) yang dijalankan Kon Yeow didapati negatif.
Menurut kenyataan itu juga, beberapa individu yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat juga diarah menjalani kuarantin kendiri itu .
Dalam pada itu, JKNPP juga kini giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan. Mereka yang berkaitan akan dihubungi JKNPP dari semasa ke semasa bagi tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Chow Kon Yeow
#kuarantin kendiri
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan