awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khabar angin terdapat kes Ebola di Malaysia palsu - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
12/08/2014
23:24 MYT
Khabar angin terdapat kes Ebola di Malaysia palsu - KP Kesihatan
Virus Ebola
Laporan kononnya terdapat satu kes jangkitan Ebola di negara ini yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook adalah tidak benar dan hanya khabar angin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan.
Dr Noor Hisham menyelar tindakan menyebar khabar angin itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Risiko penularan Ebola ke Malaysia amat rendah. Jangan sebar berita palsu," katanya menerusi akaun Twitter.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki dipercayai akibat jangkitan awal Ebola.
Ebola ialah penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet.
Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun meragut lebih 1,000 nyawa.
Topic Berkaitan
#Ebola
#khabar angin
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan