awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairuddin dijadual bertemu FBI Isnin ini, lapor NYT

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2015
03:39 MYT
Khairuddin dijadual bertemu FBI Isnin ini, lapor NYT
Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan. - Gambar Fail
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan pada petang Jumaat, dijadualkan mengadakan pertemuan dengan agen Biro Siasatan Persekutuan, (FBI), di Amerika Syarikat, Isnin ini, lapor akhbar New York Times (NYT) pada Jumaat.
Peguamnya Mathias Chang dalam satu temuramah melalui telefon dengan akhbar berkenaan memaklumkan, temujanji itu dibuat dengan bantuan dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
Awal bulan ini Khairuddin dalam satu temuramah memaklumkan mahu mengemukakan beberapa dokumen berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak penguatkuasa di Amerika.
Chang memberitahu, pemergian Khairuddin bagaimanapun gagal, kerana beliau dimaklumkan dihalang daripada meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen dengan arahan Ibu Pejabat Polis.
"Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa bagi mengelak laporan ini daripada sampai ke tangan penguatkuasa di Amerika," tegas Chang.
Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.
Penahanan dibuat beberapa jam sebelum Khairuddin dijadual berlepas ke New York.
"Adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk mengatakan tindakan kami akan menjejaskan demokrasi," kata Chang.
Prosiding pendengaran ikat jamin ke atas Khairuddin dijadual pada hari ini.
Sebelum ini, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung 1MDB.
Portal berita The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, pegawai kerajaan telah menuduh Khairuddin membuat laporan 'palsu' dan 'bermotifkan politik'.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#FBI
#Khairuddin Abu Hassan
#New York Times
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan