awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy Jamaluddin serah nasib kepada UMNO

Bernama
Bernama
28/03/2026
11:42 MYT
Khairy Jamaluddin serah nasib kepada UMNO
Khairy berkata surat permohonan itu telah dikemukakan dan kini menunggu keputusan, yang dijangka dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 17 April ini. - Gambar fail

Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan berhubung permohonannya menyertai semula UMNO.

Beliau berkata surat permohonan itu telah dikemukakan dan kini menunggu keputusan, yang dijangka dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 17 April ini.

“Saya telah mengemukakan surat permohonan dan menyerahkan kepada UMNO untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerja UMNO merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Mohd Sumali Reduan di Benut, di sini.

Khairy berkata beliau bersedia kembali berkhidmat sekiranya permohonannya diluluskan, selain memaklumkan pertemuan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah diatur dengan bantuan Sumali.

Menurut Khairy sekiranya diterima semula, beliau mahu bermula sebagai ahli biasa tanpa memikirkan sebarang jawatan kerana masih dalam proses kembali ke parti.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata permohonan beberapa bekas pemimpin termasuk Khairy akan dibawa ke mesyuarat MKT pada 17 April ini.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#permohonan
#UMNO
#serah kepada kepimpinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan