awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid nafi terlibat gugurkan Azmin dari PKNS

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2014
08:19 MYT
Khalid nafi terlibat gugurkan Azmin dari PKNS
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan beliau terlibat dalam penyingkiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Abdul Khalid sebaliknya menegaskan keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak Azmin dicadang oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.
Beliau juga menafikan keputusan menyingkirkan Azmin dibuat oleh exco sebaliknya hanya meluluskan cadangan yang telah dibuat Othman.
"Keputusan bukan dibuat exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu.
"Dalam minit mesyuarat exco tiada siapa yang disingkir. Surat dah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.
Bagi mengukuhkan bukti beliau tidak terlibat dalam tindakan penyingkiran Azmin itu, Abdul Khalid memberi jaminan akan mendedahkan minit mesyuarat serta surat Othman dalam masa dua minggu lagi.
"Kami akan keluarkan surat dan minit mesyuarat exco pada 4 Disember, dalam dua minggu lagi. Saya sedang lihat Akta Rahsia Rasmi," katanya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#PKNS
#Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan