awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid nafi Zeti Aziz ditahan berkaitan isu 1MDB

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
30/07/2015
09:32 MYT
Khalid nafi Zeti Aziz ditahan berkaitan isu 1MDB
KHALID: Tiada penahanan atau siasatan dijalankan ke atas Zeti (gambar) seperti yang tersebar di media sosial.- Gambar Fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa pihak polis telah menahan dan sedang menyiasat Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkenaan isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Tidak di pihak kami (yang menyiasat). Kami tidak tahu dari mana datangnya dakwaan dan khabar angin tersebut,” ujar Khalid yang menegaskan tiada penahanan atau siasatan dijalankan ke atas Zeti seperti yang tersebar di media sosial.
Khabar angin itu terjadi apabila terdapat blog yang mendakwa bahawa polis sedang menyiasat Zeti dan beberapa orang lain dari Bank Negara di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung 1MDB.
Khalid ditemui dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM Cheras hari ini.
Sementara itu, Khalid juga mengelak untuk mengulas lanjut tentang sebarang soalan berkaitan 1MDB kerana menurutnya bukan bidang kuasanya untuk menjawab pertanyaan mengenainya.
“Saya tidak akan menjawab isu berkaitan 1MDB kerana kita sudah ada Pasukan Petugas Khas yang sedang menjalankan siasatan,” ujar beliau.
VIDEO: Gabenor Dr Zeti Akhtar Aziz sihat, tidak alami sakit jantung
Topic Berkaitan
#1MDB
#Gabenor Negara
#Khalid Abu Bakar
#penahanan
#zeti aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan