awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid percaya punya peluang baik dalam Pemilihan PKR

Bernama
Bernama
13/04/2014
23:17 MYT
Khalid percaya punya peluang baik dalam Pemilihan PKR
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim percaya beliau mempunyai peluang yang sangat baik untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu bulan depan.
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan rekod pencapaiannya dan pengalaman beliau mentadbir negeri Selangor sepanjang enam tahun selain daripada sokongan akar umbi.
"Jika (anggota-anggota parti di) Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah dan sekarang Pulau Pinang (memberikan sokongan mereka), saya fikir peluang saya adalah sangat baik," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Wawancara Bersama Calon Timbalan Presiden PKR, di Butterworth, Ahad.
Jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan menyaksikan pertembungan empat penjuru apabila Abdul Khalid dicabar penyandang jawatan itu yang juga Anggota Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan muka baharu, Datuk K.Ramachandran.
Abdul Khalid berkata beliau sedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional (BN) sekiranya sesuatu perkara itu membawa manfaat dan kebaikan kepada rakyat terutama rakyat negeri Selangor.
"Saya fikir jika kamu mahu membangunkan negara, jika kamu mahu menyelesaikan masalah kamu mesti cuba mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Malah ada sesetengah orang yang tidak suka komunis tetapi bila tiba waktu untuk berdagang mereka berkerjasama.
"Penyelesaian saya dengan Barisan Nasional ialah memberikan yang terbaik untuk rakyat Selangor. Saya sangat gembira untuk berbuat baik dengan kawan dan musuh saya apabila keputusannya adalah yang terbaik untuk rakyat," kata Abdul Khalid.
Topic Berkaitan
#Abdul Khalid Ibrahim
#pemilihan PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan