awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid sahkan sudah terima surat tuntutan permohonan maaf Tajuddin atas perkataan 'sial'

Tan Su Lin
Tan Su Lin
23/11/2016
09:03 MYT
Khalid sahkan sudah terima surat tuntutan permohonan maaf Tajuddin atas perkataan 'sial'
Surat berkenaan menuntut Khalid (gambar) memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan saman. - Gambar fail
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengesahkan telah menerima surat tuntutan daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman susulan perkataan 'sial' yang dilontarkan terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak itu di luar Dewan Rakyat, kelmarin.
Surat berkenaan menuntut Khalid memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan saman.
Ketika ditemui di lobi parlimen, Tajuddin berkata surat itu telah dikemukakan kepada Khalid pada jam 10 pagi tadi melalui peguamnya.
BACA: Tajuddin mahu Khalid mohon maaf, atau berdepan tindakan guaman
BACA: Khalid enggan tarik balik kenyataan 'sial' terhadap Tajuddin
BACA: Dewan Rakyat kecoh, ahli parlimen bertikam lidah kerana perkataan 'kok'
Terdahulu, dalam satu sidang media, Khalid mengesahkan telah menerima surat berkenaan dan akan mengambil tindakan susulan.
"Saya akan membuat sidang media apabila saya menerima saman itu, tetapi saya rasa latar belakang insiden ini semua sudah tahu. Jadi kami akan ambil tindakan susulan apabila tiba masanya nanti," katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada beliau akan meminta maaf atau menarik semula kenyataan yang dilontarkan terhadap Tajuddin.
Topic Berkaitan
#Khalid Samad
#Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
#sial
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan