awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KHM tamat kontrak Sarjit, lantik Carolan jurulatih baharu Speedy Tigers

Reuters
Reuters
18/03/2026
09:15 MYT
KHM tamat kontrak Sarjit, lantik Carolan jurulatih baharu Speedy Tigers
Kontrak Sarjit tidak disambung menjelang persiapan ke Piala Dunia 2026. - Gambar fail
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengesahkan tidak akan menyambung kontrak Ketua Jurulatih Skuad Hoki Kebangsaan Sarjit Singh bagi menghadapi Piala Dunia 2026 dan Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif badan induk berkenaan, yang turut memutuskan untuk melantik Brendon Carolan bagi mengisi kekosongan jawatan itu berkuat kuasa 1 April ini.
Subahan berkata penamatan kontrak Sarjit bukanlah satu pemecatan tetapi bagi membuat penstrukturan baharu dalam barisan kejurulatihan untuk mencapai keputusan lebih cemerlang buat skuad Speedy Tigers.
“Kontrak Sarjit tidak disambung menjelang persiapan ke Piala Dunia 2026, namun kami amat menghargai jasa dan pengorbanannya sejak Mac 2024 sehingga berjaya membawa pasukan layak ke kejohanan itu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil di sini hari ini.
Dalam pada itu, Subahan berkata keputusan berkenaan dibuat selaras dengan hala tuju baharu badan induk itu yang mahu memberi penekanan terhadap aspek kemahiran taktikal pasukan.
“Kami mahu fokus kepada peningkatan kemahiran taktikal pasukan dan percaya Brendon (Carolan) memiliki keupayaan untuk membantu memacu skuad kebangsaan ke tahap lebih baik,” katanya.
Subahan berkata antara petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan kepada Carolan adalah memastikan skuad negara layak sekurang-kurangnya ke perlawanan akhir pada Sukan Asia 2026, Oktober ini.
Carolan adalah jurulatih kelahiran Afrika Selatan dan menetap di Dublin, Ireland dan pernah bersama-sama dalam skuad negara sebagai pembantu jurulatih sebelum ini.
Beliau juga memiliki pengalaman sebagai jurulatih sementara pasukan Ireland selain pernah berperanan sebagai perunding hoki kepada kelab Gantoise.
Carolan akan membimbing skuad negara bagi menghadapi Piala Negara-Negara di Afrika Selatan pada Jun ini sebelum beraksi pada Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda.
Skuad Speedy Tigers kemudian akan beraksi pada temasya Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya pada Oktober depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarjit Singh
#tamat kontrak
#Speedy Tigers
#Brendon Carolan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan