awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kibar Jalur Gemilang terbalik, PDRM diminta ambil tindakan tegas - Aaron

Bernama
Bernama
09/08/2025
13:30 MYT
Kibar Jalur Gemilang terbalik, PDRM diminta ambil tindakan tegas - Aaron
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap insiden mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap insiden mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Menerusi hantaran di X hari ini, beliau berkata Jalur Gemilang ialah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang menjadi milik seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.
"Mengibarkannya dengan betul adalah tanggungjawab setiap warganegara sebagai tanda hormat dan cinta kepada tanah air.
"Saya ingin mengingatkan bahawa tindakan mempamer atau mengibarkan bendera negara secara tidak wajar adalah satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama 1963 [Akta 414]," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kibar Jalur Gemilang terbalik
#Aaron Ago Dagang
#tindakan tegas
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan