awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang dikompaun RM10,000 sebabkan pencemaran

Bernama
Bernama
01/02/2022
07:36 MYT
Kilang dikompaun RM10,000 sebabkan pencemaran
Pihak JAS menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran dan turut menggunakan dron di sekitar kawasan yang disyaki terlibat. - Facebook/Jabatan Alam Sekitar
BUTTERWORTH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengenakan kompaun RM10,000 terhadap sebuah kilang memproses makanan di sini kerana menyebabkan pencemaran apabila sisa kilang yang tidak terawat dibuang terus ke parit awam, semalam.
Pengarah JAS Pulau Pinang Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, terdahulu pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung pencemaran sungai yang airnya bertukar warna putih, sebelum menjalankan pemeriksaan serta siasatan.
"Pihak JAS menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran dan turut menggunakan dron di sekitar kawasan yang disyaki terlibat. Siasatan itu membawa kepada pemeriksaan ke sebuah kilang berasaskan makanan yang dipercayai menjadi punca.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kilang itu gagal mengendalikan sistem pengolahan efluen (sisa buangan cecair) perindustrian dengan baik hingga mencemarkan parit awam dan gagal mematuhi pengurusan buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan terjadual) 2005," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya berikutan itu JAS Pulau Pinang mengambil tindakan dengan mengenakan kompaun mengikut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (efluen perindustrian) 2009, selain turut mengarahkan kilang itu mengambil tindakan serta merta bagi menghentikan sebarang pelepasan efluen tanpa dirawat.
"Selain itu, pihak kilang turut diarah menaik taraf sistem pengolahan efluen sedia ada yang terdapat di premisnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kilang dikompaun
#pencemaran
#Jabatan Alam Sekitar
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan