awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim Guan Eng, Norlela

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/08/2017
06:37 MYT
Kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim Guan Eng, Norlela
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata ia bagi membantu siasatan berhubung isu kilang memproses habuk kayu haram yang beroperasi atas tanah pertanian di Sungai Lembu, Penanti. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata ia bagi membantu siasatan berhubung isu kilang memproses habuk kayu haram yang beroperasi atas tanah pertanian di Sungai Lembu, Penanti.
Katanya kepada Astro AWANI, ia adalah prosedur siasatan yang biasa dijalankan, selepas kedua-dua individu berkenaan didapati mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung operasi kilang haram terbabit.
Guan Eng dan Dr Norlela akan dipanggil secepat mungkin untuk menjalani proses ini. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian masa kerana SPRM juga sedang meneliti beberapa aspek lain dalam siasatan kes ini.
Tambahnya, sehingga kini SPRM telah merakam percakapan beberapa saksi dan menahan tiga suspek, termasuk seorang exco kerajaan negeri.
Semalam suruhanjaya itu telah mendapat perintah reman selama lima hari terhadap exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi membantu siasatan berhubung isu kilang terbabit.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Lim Guan Eng
#Norlela Ariffin
#Phee Boon Poh
#Rasuah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan