awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang kitar semula di Ijok musnah terbakar

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2017
05:05 MYT
Kilang kitar semula di Ijok musnah terbakar
Sebuah kilang barang lusuh kitar semula musnah dalam kebakaran di Jalan Platinum di Kawasan Perindustrian Batu 22, Ijok dekat sini malam tadi. -Astro AWANI
Sebuah kilang barang lusuh kitar semula musnah dalam kebakaran di Jalan Platinum di Kawasan Perindustrian Batu 22, Ijok dekat sini malam tadi.
Insiden jam 9.50 malam itu mencetuskan suasana panik dalam kalangan lebih 10 pekerja asing di kilang tersebut.
Empat buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Batu Arang, Sungai Buloh dan Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, api yang marak bagaimanapun berjaya dikawal sejam kemudian, namun kerosakan dipercayai melibatkan seluruh kawasan kilang.
Kejadian turut menyebabkan asap tebal di sekitar taman.
Pemeriksaan awal mendapati api sukar dikawal berpunca daripada barangan mudah terbakar seperti plastik dan kertas.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Kawasan Perindustrian Batu 22
#kebakaran
#kilang barang lusuh kitar semula
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan