awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kira-kira 40 pelajar Malaysia di China telah pulang

Bernama
Bernama
31/01/2020
16:08 MYT
Kira-kira 40 pelajar Malaysia di China telah pulang
Sehingga hari ini, Malaysia mencatatkan lapan kes koronavirus yang kesemuanya melibatkan warga China. Foto: Astro AWANI/ Shahir Omar
Kira-kira 40 pelajar yang rata-ratanya menuntut di Beijing telah kembali ke Malaysia dalam tempoh seminggu berikutan penularan kluster 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di China.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar itu telah menjalani ujian saringan kesihatan di lapangan terbang Malaysia dan dikuarantin selama 14 hari di rumah masing-masing.
"Pihak Education Malaysia Beijing juga telah berhubung dengan mereka untuk mendapatkan maklum balas tahap kesihatan. Setakat ini, pelajar yang pulang berada dalam keadaan sihat dan baik," menurut kenyataan itu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa
Wisma Putra juga memaklumkan semua pelajar terbabit turut diberikan garis panduan kesihatan yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sehingga hari ini, Malaysia mencatatkan lapan kes koronavirus yang kesemuanya melibatkan warga China.
Kerajaan kini dilaporkan memberi keutamaan untuk membawa pulang 117 rakyat Malaysia di Wilayah Hubei berikutan penularan virus itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#Hubei
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#koronavirus
#Malaysia
#novel koronavirus
#pelajar
#pelajar malaysia
#virus Wuhan
#Wisma Putra
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan