awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kiram: Tuduhan 8 warga Filipina tidak sah

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2013
03:30 MYT
Kiram: Tuduhan 8 warga Filipina tidak sah
Jamalul Kiram III yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Sulu berkata pendakwaan ke atas lapan warga Filipina atas tuduhan pengganas dan cubaan melancarkan perang adalah "tidak sah".
Menurut laporan media Filipina Global Nation Inquirer yang memetik kenyataan Abraham Idrijani, jurucakap kepada Jamalul, menyatakan 'sultan' akan memfailkan aduan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kerajaan Malaysia yang mendakwa lapan warga Filipina sebagai pengganas.
"Kami mengutuk kekejaman pihak Malaysia kerana mereka tidak memiliki Sabah. Mereka hanya menghuni negeri itu. Malah kerajaan Malaysia masih membayar pajakan kepada 'Sultan' Sulu," menurut Idrijani dalam laporan itu.
"Kami bimbang lapan warga Filipina itu kini didakwa atas tuduhan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati. Tuduhan itu tidak sah kerana Sabah di bawah takluk 'Sultan' Sulu," tambah beliau.
Terdahulu Presiden Filipina Benigno S. Aquino telah mengarahkan Jabatan Perhubungan Luar (DFA) untuk mewakili warga Filipina di mahkamah Sabah dan merancang untuk mendakwa pengikut Jamalul apabila kembali ke Filipina.
Lapan warga Filipina yang ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dituduh di mahkamah tinggi semalam.
SOSMA merupakan prosedur mahkamah yang tidak membenarkan tertuduh untuk diikat jamin.
Sementara itu, dalam satu laporan lebih banyak suspek akan dituduh di mahkamah menerusi pelbagai kesalahan dalam beberapa minggu akan datang.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#Ops Daulat
#ops sulu
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan