awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Pembangunan Perisian boleh diakses di Laman Mikro e-Invois - LHDN

Bernama
Bernama
09/02/2024
09:58 MYT
Kit Pembangunan Perisian boleh diakses di Laman Mikro e-Invois - LHDN
Kit Pembangunan Perisian (SDK) versi Beta telah dimuat naik ke Laman Mikro e-Invois, di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Kit Pembangunan Perisian (SDK) versi Beta telah dimuat naik ke Laman Mikro e-Invois, di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan SDK itu menerangkan secara khusus berkenaan perkara-perkara seperti Application Programming Interfaces (APIs); standard input dan output ; standard kod ralat; penerangan jenis dokumen; logik pengesahan; jadual kod; garis panduan integrasi dan soalan lazim.
Kenyataan itu turut memaklumkan selain SDK, Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 2.2) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.0), juga telah dimuat naik ke Laman Mikro e-Invois.
"Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun semua garis panduan dan SDK menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/," kata LHDN.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung SDK boleh disalurkan menerusi e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laman Mikro e-Invois
#LHDN
#Kit Pembangunan Perisian
#pembayar cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan