awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM akan siasat insiden pil 'Facebook' - Subramaniam

Bernama
Bernama
29/06/2017
09:11 MYT
KKM akan siasat insiden pil 'Facebook' - Subramaniam
SUBRAMANIAM: Kami belum menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi kita akan melakukan siasatan dan dapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini.
Kementerian Kesihatan akan menyiasat insiden seorang wanita yang dikatakan mati otak selepas mengambil sejenis pil ecstacy yang dipanggil 'Facebook' di Johor.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden itu tetapi menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan yang tidak diiktiraf oleh kementerian itu.
"Kami belum menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi kita akan melakukan siasatan dan dapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini. Perkara ini di luar bidang perubatan, ia di bawah bidang kuasa polis.
"Pengambilan sebarang bentuk pil atau dadah adalah atas risiko individu itu sendiri. Bagaimanapun, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya hanya mengambil ubat-ubatan yang mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)," katanya pada sidang media pengenalan pemain baharu Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai seorang wanita mati otak selepas mengambil pil ecstacy di sebuah kelab malam, di Johor.
Subramaniam, yang juga penasihat MISC-MIFA, berkata pihaknya juga sentiasa menitikberatkan jenis ubat dikeluarkan, sama ada selamat dimakan, diuji dan diiktiraf oleh farmaseutikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Ecstacy
#Johor
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#mati otak
#pil Facebook
#subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan