awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Majlis Keselamatan PBB gagal terima pakai draf resolusi mengenai Selat Hormuz
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM kesan lima lagi kluster baharu

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/11/2020
11:11 MYT
KKM kesan lima lagi kluster baharu
Lima lagi kluster baharu dikenal pasti meneurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster D’Bajaru, Kluster Gangsa, Kluster Batu Tujuh, Kluster Tanjung Bunga, Kluster Kerengge.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster:
Kluster D’Bajaru
- Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. - Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 11 November hasil saringan komuniti berisiko tinggi. - Seramai 609 individu telah disaring, 90 kes lagi dikesan positif.
Kluster Gangsa
- Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor. - Kes dilaporkan positif pada 23 November hasil saringan tempat kerja. - Seramai 78 individu disaring, 30 kes lagi dikesan positif. - Kes melibatkan seorang warganegara, 29 bukan wargangera.
Kluster Batu Tujuh
- Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat, Johor Bahru. - Kes dilaporkan positif pada 22 November merupakan kes (SARI). - Seramai 144 individu disaring, 13 kes lagi dikesan positif.
Kluster Tanjung Bunga
- Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru. - Kes dilaporkan positif pada 21 November merupakan kes (SARI). - Seramai 87 individu disaring, 11 kes lagi dikesan positif.
Kluster Kerengge
- Kluster ini melibatkan daerah Marang, Terengganu. - Kes dikesan positif pada 17 November hasil saringan individu bergejala. - Seramai 680 individu disaring, enam kes lagi dikesan positif.
BACA: COVID-19: 970 kes baharu, empat kematian dalam tempoh 24 jam
Ikuti kemas kini COVID-19 di sini
Topic Berkaitan
#KKM
#COVID-19
#kesihatan
#Johor Bahru
#Kuala Langat
#Batu Pahat
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan